Wednesday, 5 November 2014

R' Aurene Serum

Assalamualaikum. 

Hi, and here I'm selling face serum which it is under Brand R'Aurene. This Serum product by  Malaysia but Formulated in France..


Open for Retail and Wholesale 

below the detail and function :) happy review 


 1BOX RM90 (normal price) 
1BOX RM70 (discount valid until end of Dec 2014) 

2BOX RM170 (normal price)
2BOX RM 150 (discount valid until end of Dec 2014)






























Untuk sebarang pertanyaan boleh terus 

whatsapp : +6013 485 1336 (fatin)
Email: fatinizzatiyaacob@gmail.com


bagi harga borong boleh dapat serendah RM30/box 
t&c apply 




Tuesday, 28 October 2014

Basic me..

Assalamualaikum. 

kerana terlalu rindu menaip blog dan blog lama telah lupus dek kerana kealpaan mencatat kata kunci di nota nota kecil dan kesannya sehingga sekarang masih tidak dapat mengesan yang mana satu kata kunci bagi blog berkenaan.. (hambar) intro panjang sangat nampaknya.. muahah kan dah cakap rindu tadi ha tunjuk lah sikit kan. 

*****
sekarang dah umur 22 tahun tak sampai berapa hari je cukup lah umur saya.. Alhamdullilah.. bagi yang tak kenal siapa fatin izzati tu? hanya insan biasa tapi banyak benda aku nak tinggalkan cerita dekat sini yang menarik bagi aku. Jadi bila suatu masa nanti aku dah tak ada harap dapat tinggalkan sedikit nota bagi mereka yang masih lagi bernafas dan menikmati hidup di dunia yang singkat ini . taskkk -_-" (sedih pula) 


aku dikenali sebagai Fatin di zaman sekolah dan di laman social.Tetapi di rumah lain pula panggilan dan gelaran yang digunakan adalah izzati@zati@mamashuu untuk anak buah kitaa . Anak ketiga dalam tiga adik beradik perempuan. Lahir pada 4 November 1992 dan aku anak jati penang. Eh boleh ke cakap anak jati? hehe sebab mama dan ayah orang Selangor dan kami dah menetap di Penang sepanjang umur aku :)


ingat nak mula cerita dari zaman tadika kemas tapi nanti panjang sangat pula -___-".  Sekarang aku dah bekerja, Lama dah dari May 2013 tak grad untuk diploma lagi masa tu kerja guna transkrip penuh diploma je alhamdulillah dapat kerja (tak merasa pegang title penggangur).


*****

belanja gambar pre graduation UiTM ke-79 Shah Aalam. Masa ni baru lepas ambil jubah super excited tau sebab tak senang pun nak dapat kelulusan walaupun hanya Diploma tapi masa 3tahun tu sangat bermakna. Oh yaa last pakai jubah macam ni masa grad tadika kemas tangkap gambar dengan pegang sijil yang dah siap frame tuu :'D. 

nak cerita pasal sambung belajar (degree) tapi mungkin panjang sangat, nanti aku masuk kan dalam entry akan datang ok sebab degree aku PJJ (Pengajian Jarak Jauh/Separuh Masa)  so banyak nak share baik/kelebihan/kekurangan dalam pembelajaran peringkat degree dalam separuh masa ni. 


Jumpa next entry :)